Thursday, March 13, 2008

Perang Uhud

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

25 comments:

nawwir nur-eniey- said...

Salam.......
Well done MasyaAllah..saya btul2 tertarik ngan kisah Perang Uhud tu...jomlah bsama2 kita menghayatinya InsayALLAH....

SHUKRI KS26116 said...

tahniah kerana cerita yang saudari tulis ini tepat dengan tajuk yang di berikan oleh saudari. berdasarkan cerita yang saya baca dalam dalam blog saudari membuatkan saya terpegun dengan jalan ceritanya. dengan ini saya berpendapat bahawa saudari adalah salah seorang calon yang sesuai menjawat jawatan sebagai guru j-Qaf di masa hadapan. wallahuallam. semoga berjaya menggapai cita2.

Rai Arn said...

assalamualaikum ya ukhti karimallah.
aiwah!! ..moral yg bleh kt ambik kt sini ialah kt msti patuh dan taat kpd arahn ketua..sm2 la kt muhasabah dr kt..hayya bina..

Khairil_usim said...

salam...
TAHNIAH!!!ana tertarik dengan cite yang anti karang tu tapi tak tahu la kot2 anti copy.. walau bagaimana pun mari lah kita sama2 hayati kisah tersebut dengan lebih dalam...Hidup muslim itu mestilah bersatu " bersatu TEGUH, bercerai ROBOH".. WSLM..

helmy said...

buat yang terbait dapat yang terbaik.asal niat kita utk berdakwah insyaallah pasti berjaya.truskanlah usaha di dalm berkarya smoga mendapat petunjuk illahi................salam.

budiman said...

assalamualaikum ya ukhti karimallah.
aiwah!!rubbama anti seorang pnulis yang sgt berbakt...ana sugguh mengagumi anti...sye cdangkan anti spye mnerbtkan bku krngan anti...sye jnji akn mamblinye dgn sgre...janjini...

ziey said...

salam..tahniah..
dgn citer 2 kita dapat tahu bgaimana perang uhud blaku..teruskan usaha..

asiah said...

salam...
dgan pnulisan ni dptlah kite tahu sdikit sbanyak kisah2 nabi dan umatnye terdahulu..and dpt ambil pengajaran dr nya..

far east said...

Salam...kisah nie bagus untuk di hayati...same2lah kita ambil pengajaran dari kisah tersebut...بالتوفيق والنجح

areda said...

salm,,,,tahniah,,,cite ni betul2 menarik minat saya..

areda said...

salm,,,,tahniah,,,cite ni betul2 menarik minat saya..

amani said...

salm..besla cite ni..bila saya baca cite ni saya rasa tertarik n trpegun dgn jalan crite ni..whatever goodluk ye..

bDk pAhANg said...

salam..pink nyer blog awak....tahniah sbb awak dapat jd calon guru j-qaf.

spect said...

salam
nice story
hayya2 bil jihad!!

haa said...

salam...efa
sggh menarik kisah yg dtliskn...xdpt dibygkn betapa berani & tabahnya umat2 islam pd zmn dhl yg sggup mlakukan apa shj demi rasulullah & agama islam...sggh menakjubkan...

mat_api said...

hai zulfa..
citer awk menarik n usaha yg bgs..cmner debat td..ok x
trskan usaha anda n komen sy klw ada masa..xde ms pn kne komen gk..bye

http://matapiusim.blogspot.com

syawal@jerung said...

best3..gud luck

Anonymous said...

salam,kisah ni byk bri faedah kpd kita,antranya kita hndklah ptuh kpd arahan ketua kita hgga saat akhir sesuatu kerja 2,last skali,thniah diatas blog ini....

KimAmaN said...

Salam..

Ai cik zulfa..agak tampak bsemangat blog awk ni yerk,cm empunya..huhu..=)..anyway taniah coz dpt mhasilkan sbuah blog bkisarkan kisah sirah rasul kita d mana tdapat byk pgajaran dan ihtimam yg dpt kita ambil..teruskan lg usaha anda demi mmartabatkan pjuangan Islam kita..
InsyaAllah..

azlin said...

salam..banyak memberi input dan faedah kepada kita..dan juga insyallah membantu dengan lebih memahami dan mengetahui tentang sirah rasullullah...
insyallah..

Ayuni said...

salam...teruskan usaha anda...smga kte smua dapat tambah ilmu pengetahuan tntg sirah rasul ni...good luck!!!

suhaini said...

tahniah atas apa yang anda telah lakukan.sama-sama kita martabatkan islam.pape pun,kisah seperti ini dapat membantu kita mengenal islam.

badli said...

salam..sm la tjuk blog kt..ok la,trskan usaha k,

Rushdy said...

bagus2 teruskan usaha kamu..jgn lupa komen saya na....

w.i.s.d.O.m said...

nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D

bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!

p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..